Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, October 30, 2010

fikir sebelum buat...!!

www.iluvislam.com
oleh: faranaqwiah




"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata: 


"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! 

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: 

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. 

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab: 

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. 

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.





Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.
Read more

Friday, October 29, 2010

ukhuwah itu indah

Saat perkenalan K.I.T.A. membentuk sebuah ikatan,
Ikatan  persahabatan yang bergelar UKHUWAH,
Terbinanya ia bagaikan rantaian TASBIH,
ada awalnya tanpa penghujung,
dicipta untuk K.I.T.A. selalu mengingatiNya,
dibahagi demi untuk cintaNya,
diratib demi redhaNya.

wahai PENCIPTA yang menjadikan langit dan bumi,
menggantikan siang dan malam,
sungguh manis Kau cipta sebuah perhubungan,
adakalanya K.I.T.A. berduka,
adakalanya K.I.T.A. ketawa,
membuatkan K.I.T.A. lebih mesra.

SAHABAT, satu nama yang sangat bermakna,
Ia hadir tika duka,
Ia datang tika tawa,
Semuanya indah belaka,
Walau taufan datang melanda,

SAHABAT, sesungghnya UKHUWAH itu hebat,
Membuatkanku terus disampingmu,
Mengharung jalan merempuh rintangan,
Maka hargailah bila berSAHABAT,
Maafkanlah bila terluka,
Fahamilah bila terkeliru,
Nasihatilah bila terleka,
Tegurlah bila tersilap,
Ingatilah bila tersilap.

SAHABAT, andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kekurangan,
Engakau akan menjauhinya.

SAHABAT, dalam UKHUWAH tidak semestinya bersama,
Dalam UKHUWAH tidak semestinya perlu sentiasa berhubung,
Selagi ia kekal dalam ingatan dan doamu,
ia kekal selamanya.



“UKHWAH FILLAH Remains Abadan Abada”
Read more

Wednesday, October 27, 2010

syaitan kehairanan...!!

Syaitan Yg Kehairanan…??

Assalamualaikum ….
Jadikan kisah ini sebagai renungan dan muhasabah kembali diri kita.

Di suatu masa dahulu, wujud seorang insan yang telah ditakdirkan bertemu dengan syaitan pada waktu subuh. Hendak dijadikan cerita, setelah berlaku suatu peristiwa, mereka telah berjanji untuk mengikat persahabatan. Ketika waktu subuh berlalu pergi orang itu masih tidak mengerjakan solat subuh, maka ketawa dan tersengihlah syaitan itu sambil berkata “orang ini memang layak aku jadikan sebagai sahabatku..”

Situasi yang sama juga berlaku pada waktu zohor. Pemuda itu memang tidak mengerjakan solat, maka apalagi yang ingin dikatakan oleh syaitan, tersenyum lebarlah ia melihat dosa yang dilakukan pemuda itu seraya ia berkata “rupanya inilah bakal temanku diakhirat… HAHAHAHA…!!.”

Ketika waktu asar telah masuk, lelaki itu leka dengan pekerjaannya sehinggalah tamat waktu asar. Syaitan mulai terdiam. Kemudian waktu maghrib telah tiba dan ternyata lelaki itu tetap tidak menunaikan solat juga. Kelihatan riak diwajah syaitan itu seperti mulai gelisah dan senyman dan tawanya dahulu mulai pudar. Dia kelihatan seperti sedang teringat-ingat sesuatu. Dan apabila masuknya waktu isya’ tetap manusia itu tidak menunaikan  kewajipannya. Syaitan itu kelihatan dalam keadaan panic dengan situasi yang berlaku.

Syaitan itu tidak dapat menahan dirinya lagi, lalu ia pergi kepada sahabatnya itu dan berkata kepadanya “wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!”

Lelaki tadi dengan perasaan yang sangat hairan dengan kelakuan syaitan itu pun bertanya kembali “mengapa engkau mahu memungkiri janji kau untuk menjadi sahabat aku?”

 “aku takut…!” jawab syaitan itu. Dengan suara yang seperti ketakutan ia menyambung kata-katanya nenek moyangku saja dahulu hanya sekali melanggar perintah Allah iaitu untuk bersujud kepada Adam, telah dilaknat oleh-Nya ; apalagi kau telah melanggar suruhannya LIMA KALI DALAM MASA SATU HARI untuk bersujud kepada-Nya, tahukah kamu betapa besarnya KEMURKAAN Allah terhadapmu…!!!” syaitan itu menjauhkan diri dan terus berlalu pergi dari lelaki tadi.



P/S: sesungguhnya syaitan tidak akan pernah berehat dalam usahanya untuk menyesatkan anak adam.

Jom tengok link ni ade article yang berkaitan jugak dengan cerita ni…
Read more

Tuesday, October 26, 2010

pergi tidurr....!!!!

Tidur Dan Rehat Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan rehat agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah.

Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (H.R. Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."
(H.R. Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.




Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor" .

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Jadi saranan saya buat semua pembaca, janganlah kita abaikan waktu rehat kita. Jagalah hak untuk diri kita kerana ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Dalam mengaplikasi sunnah Rasulullah, jangan pula kita mengambil kesempatan dengan mengatakan tidur kita yang berlebihan juga disabitkan dengan sunnah.

“jangan kerana diri kita Islam terfitnah”


p/s: jangan tido lewat taw... hihii  :)
Read more

Monday, October 25, 2010

lupakah kita...???


kadang2 kita selalu lupa siapa kita,
bila dah berjaya,kaya dan berharta,
kita lupa asal usul kita,
dimana kita bermula,
dimana langkah pertama kita.


kadang2 kita selalu lupa siapa kita,
makin bertambah dewasa, makin meningkat usia,
kadangkala sehingga lupa, tanggungjawab kita,
lupa keluarga,lupa agama, lupa yang Esa,


kadang2 kita selalu lupa siapa kita,
terlalu leka dengan dunia yang fana,
terlalu asyik dibuai mainan dunia,
terlalu takbur dan angkuh dengan kuasa yang ada,

kadang2 kita selalu lupa,
hanya insan yang lemah tanpa kuasa,
yang akan diambil nyawanya,
tanpa ketahui detik masannya.

kadang2 kita selalu lupa,
kita hamba pada penciptaNya,
yakni ALLAH yang Esa,
yang pasti maha mengetahui lagi maha berkuasa
Read more

Sunday, October 24, 2010

IFF(islamic fashion festival) suatu penghinaan...


sumber: http://www.iluvislam.com
islamic fashion..????

Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).
Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;
i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.
ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.
Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?
Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.
Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.
Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.
Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.
Read more

tertawa didunia menangis di akhirat.

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda ’Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.  Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.  Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”
Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira  24  jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.  Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”



quote"ADAKALA kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa ketawa sekadar untuk gembira...
ADAKALA kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata...
DAN...........
ADAKALANYA kita perlu menghargai apa yang kita ada kerana selepas kehilangannya barulah kita menyedari yang dia amat berharga untuk kita..."
Read more

Friday, October 22, 2010

hati seorang mukmin

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. 

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. 
"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.
Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. 
Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."
Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. 
"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami." 
Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh." 
Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. 
"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto. 
"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. 
Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung. 
"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."
Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. 
Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. 
Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. 
Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. 
Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "
Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... "Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam. 
"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut."Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. 
"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. 
"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.
Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "
Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. 
Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. 
"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... "Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah. 


Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmad Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...
Read more

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009