Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, October 9, 2010

Islam dan Keberanian

As-syaja’ah ( الشجاعة ( adalah perkataan arab yang bermaksud keberanian. Ia merupakan salah satu dari akhlak mahmudah iaitu akhlak yang mulia. Allah menuntut kita untuk bersifat berani dalam menjalankan dakwah dalam firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 139 :

Maksudnya: "dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman."


Imam Al-Ghazali dalam kitab karangannya, Ihya’ Ulumuddin, berusaha untuk menerangkan tentang elemen ataupun unsur-unsur yang diperlukan untuk mencapai kesempurnaan akhlak. Terdapat empat asas yang menjadi keutamaan dalam memupuk akhlak mulia:

1.    Hikmah atau kebijaksanaan
2.    Syaja’ah atau keberanian
3.    ‘Iffah atau kebersihan jiwa
4.    Al-Adl atau keadilan

Mengikut kepada fokus tajuk iaitu As-syaja’ah memperlihatkan bahawa ia mempunyai kaitan yang sangat penting dalam kesempurnaan akhlak seseorang. Tanpa keberanian, tidak mungkin akan sampai kepada kita ajaran islam ini. Begitulah kesinambungannya terhadap perkembangan Islam.


video
berani dalam menyatakan kebenaran


Peranan keberanian dalam proses dakwah memang tidak dapat dinafikan sebagai sebuah elemen yang terpenting kerana dengannya barulah kebenaran itu dapat disamapaikan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya "katakanlah yang benar walaupun kebenaran itu pahit" begitulah keperluan keberanian dalam menyatakan sebuah keberanian. Dengan berkata benar ini akan mempamerkan tahap ketaqwaan diri kita bagaimana kesanggupan kita untuk tidak berdusta demi suatu kepentingan. Seorang pendakwah yang hebat akan sentiasa memperkatakan perara yang benar kerana itulah yang akan mengukur kredibiliti mereka sebagai seorang pendakwah. 


As-syaja'ah telah memainkan peranan penting dalam pembangunan insan bernama muslim. Kepentingan memiliki sifat As-syaja’ah adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian kerana sifat berani banyak mempengaruhi dan menjadi asas kepada perbuatan dan tindakan seseorang.dengan keberanian, Islam mampu memayungi dua pertiga dunia dengan keberanian, Islam tersebar luas dengan keberanian, keadilan dapat ditegakkan dan dengan keberanian, Islam pasti gemilang semula.
 






0 comments:

Post a Comment

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009