Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Friday, October 8, 2010

kasut dan kaki


Hari ni aku melihat sesuatu yang bermakna buat diri, untuk muhasabah, motivasi dan kesedaran diri ini yang sering leka. Mungkin kata-kata hikmah "aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah terjumpa orang tidak berkaki" sudah pernah aku didengari sebelum ini. Tetapi aku akui bahawa perasaan aku ketika membaca kata2 itu tidaklah terlalu terkesan pada diri. 

Pengalaman kali ini jarang aku lalui dan aku rasai dalam hari2 yang biasa, kerana ia telah memperlihatkan aku betapa kedekut, malas, kufur, sombong, dan berbagai lagi kelemahan diri terpancar dari diri yang melihat seorang hamba Allah yang lain yang tidak menikmati nikmat seperti yang aku rasai tetapi dia tidak pula bersifat malas, kedekut, kufur dan sombong seperti aku. 

Pada mulanya aku terlihat seorang yang bukan orang kebiasaan di surau tempat menuntut ilmu dan aku menyangka bahawa dia adalah seorang lecturer yang sengaja mahu bersama berjemaah bersama pelajar , rupa-rupanya dia adalah seorang orang asing yang kurang upaya kerana hanya mempunyai sebelah kaki sahaja. Sewaktu menunaikan solat isya' aku bersolat bersama beliau diselangi seorang makmum lain. Aku dapat melihat bagaimana kentalnya jiwa seorang a'bid dalam menghambakan diri kepada Al-Khaliq. Dari pandangan mata mungkin aku pada mulanya terlihat kekurangnya sebagai suatu kelemahan, tetapi apabila aku merenung kembali, mungkin itulah yang menadi suatu kelebihan pada dirinya.  Dalam firman Allah surah At-Taubah ayat 18:

"Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk."

orang yang berjemaah dimasjid itu ialah antara golongan yang beriman kepada Allah dan tergolong dalam golongan orang yang mendapat petunjuk. nasihat buat diri yang selalu lalai dan leka, ringan-ringankanlah diri untuk pergi berjemaah di masjid atau surau kerana nikmat yang dikurniakan perlu digunakan sebaik mungkin.


"Dunia sebagai ALAT, Akhirat adalah MATLAMAT"





0 comments:

Post a Comment

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009