Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Monday, October 18, 2010

Penciptaan manusia bukti kebenaran Al-Quran

Akal
                Akal ialah anugerah Allah kepada makhluknya yang bernama manusia. Manusia diberikan akal untuk berfikir dan membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Akal juga dapat membezakan manusia dengan makhluknya yang lain seperti haiwan yang tidak mempunyai akal untuk berfikir seperti manusia. Dengan akal manusia mempunyai kekuatan untuk membuat keputusan tentang sesuatu kenyataan.

Akidah dan akal fikiran.

Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia mempunyai akal fikiran yang terbatas. Akal manusia hanya mampu untuk memikirkan perkara yang mampu dilihat oleh pancaindera sahaja. Maka, apa sahaja yang tidak dapat di rasai oleh kelima-lima pancaindera manusia tidak dapat diproses oleh fikiran manusia.
                Justeru, manusia memerlukan kaedah lain untuk mendekatkan diri kepada Al-Khaliq iaitu dengan aqidah dan keimanan yang jitu yang merupakan kepercayaanyang akan memandu kita dalam mengenal tuhan semesta alam. Itulah kelemahan akal fikiran manusia yang nyata iaitu tidak dapat merasai yang ghaib sebagaimana yang telah dirakamkan dalam surah An-Naml:


65. Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati). (An-Naml :65)

Dalam al-Quran banyak ayat yang diakhiri dengan afala ta’qilun, afala tatafakkarun, afala tubsirun, la’allakum ta’qilun dan la’allakum tatafakkarun yang mengisyaratkan al-Quran mengarahkan manusia menggunakan akal fikiran.

Di samping itu, al-Quran mengeji orang yang mengabaikan akal fikiran mereka ketika berhadapan dengan nikmat Allah. Firman-Nya bermaksud:

 "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-‘Araf, ayat 179)

Sebagai seorang muslim kita diseru untuk memikirkan tentang  ciptaan Allah dan tidak berfikir tentang zat Allah. Dengan memikirkan tentang kehebatan ciptaan Allah agar bertambah keimanan kita kepada Allah s.w.t . Dalam sebuah hadis rasulullah, baginda bersabda:

تفكروا فى خلق الله ولا تتفكروا فى ذات الله

Mafhumnya: Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah dan jangan kamu fikir tentang zat Allah.
Dalam surah Az-Zumar ayat 21, Allah s.w.t. berfirman:    

"tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatmu berupa kuning; kemudian ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna."                                      (Az-Zumar :21)

Berfikir Tentang Ciptaan Allah

Allah s.w.t telah mencipta pelbagai makhluk yang termasuk yang berada dilangit dan dibumi. Segala kejadian yang berlaku semuanya dibawah penguasaan Allah sebagaimana dalam tauhid uluhiyah iaitu Allah yang mengurus tadbir sekalian alam. Sebagai seorang yang bergelar muslim kita dituntut untuk meneliti dan menghayati segala ciptaan Allah agar dapat kita tingkatkan darjat keimanan kita. Sepertimana yang dinyatakan dalam surah Al-Jatsyiah:

ü   
"1. Haa, Miim. 2. turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 3. Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman 4. dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) Segala binatang Yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang meyakininya. 5. dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki Yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang mahu menggunakan akal fikiran."
                                                                                   (Al-Jatsyiah :1-5)

Kejadian Manusia

Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna dalam semua makhluknya. Adakah manusia pernah terfikir untuk bersyukur dan menggunakan akal mereka untuk berfikir dan mengagungkan Allah.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)."                                                (At-Tin : 4)

Pada kejadia manusia, terdapat beberapa peringkat yang diceritakan oleh Al-Quran dan kemudian diikuti dengan penemuan sains memperlihatkan bagaimana Al-Quran telah menceritakan butir kejadian manusia dengan begitu tepat sekali.

“ia menciptakan kamu dari diri Yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). ia menciptakan kamu Dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana Yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan Yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu Bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?”(Az-Zumar : 6)

                Professor Keith Moore seorang ahli saintis terkemuka dunia dalam penulisannya “The Developing Human” mengakui bahawa Al-Quran telah menceritakan proses kejadian manusia terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak lain menjelaskannya.
                Pada peringkat awal kejadian manusia, akan berlaku percantuman antara sperma lelaki dan ovum wanita yang digelar sebagai nutfah yang akan membentuk zygote dan seterusnya akan membentuk blastocyst’ iaitu yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai benih (seketul darah beku).
                Selepas terbentuknya benih, ia bertukar menjadi embrio juga disebutkan dalam Al-Quran sebagai seketul daging. Professor Moore menyatakan bahawa semamangnya blastocyst’ yang hidup ataupun keguguran memang akan kelihatan seperti seketul daging.
                Setelah melalui beberapa peringkat, ia mula berkembang menjadi fetus pula. Pada peringkat ini, Al-Quran mengistilahkan ia sebagai tulang yang disaluti dengan daging yang juga merupakan proses akhir dalam pembentukan janin sebelum roh dtitiupkan kedalam jasad janin itu. Semua perkara dan proses ini sebenarnya telah dikisahkan oleh Al-Quran:
Percantuman Sperma Dan Ovum:

“Bukankah ia berasal dari air mani Yang dipancarkan (ke Dalam rahim)?”(Al-Qiyamah:37)

Pembentukan benih(balstocyst):

“kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang;”(As-Sajadah : 8)

Pembentukan Embrio dan Fetus:

“14. oleh itu maka Sembahlah kamu akan Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadanya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu Yang demikian).” (Al-Mu’minun: 14)

Proses Memasukkan Roh ke Dalam Jasad:
“9. kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”         (As-Sajadah : 9)


 Allah s.w.t. telah menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna jika dibandingkan dengan makhluk lain kerana manusia dikurnia nikmat akal fikiran. Namun begitu, manusia hanya mampu memikirkan tentang perkara yang boleh digapai oleh pancaindera sahaja.
Oleh itu, Allah telah mengutuskan utusannya Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyampaikan seruan dakwah dan membawa manusia mengenal penciptanya. Manusia itu sendiri memiliki akal yang terbatas dan tidak mampu berfikir tentang perkara ghaib dan kerana itulah akidah islamiah menjadi asas dalam memandu akal manusia.
Kita sebagai manusia diseru agar menghayati keagungan ciptaan Allah termasuklah penciptaan diri kita yang dikatakan sebaik-baik ciptaan. Allah telah mengkhabarkan kebenaran tentang bagaimana diri kita telah diciptakan dari satu peringkat ke peringkat yang lain dengan butiran yang cukup tepat dan memang sains dikemudian hari membuktikan dan mengesahkan bahawa kalam Allah itu adalah benar.

Jelas dan nyata bahawa Al-Quran adalah kitab yang benar dan tiada keraguan didalamnya sebagaiman dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 1-3:
“(1). Alif, Laam, Miim. (2). Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (3). Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.”                   (Al-Baqarah ayat 1-3)

             Dengan kebenaran yang telah dibawa oleh Al-Quran telah menetapkan bahawa Islam itu agama yang benar dan Allah itu adalah tuhan yang mencipta sekalian alam ini. Kebenaran Al-quran sebenarnya memang tidak dapat dinafikan sehingga orientalis sendiri ada yang mengagumi kitab suci ini dengan mengatakan bahawa “there’s no need to be surprised that Qoran and  science is like twins.” Ada dalam kalangan mereka yang memberi penghormatan yang tertinggi dan ada juga antara mereka yang telah mendapat taufiq dan telah memeluk islam seperti seorang ilmuan di amerika syarikat iaitu Dr. Muhammad Al-Mahdi, Dr. Jefry Lang dan ramai lagi.



Allah s.w.t dalam firmanNya yang lain:

82. Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan Yang banyak di dalamnya.                                                               (surah An-Nisa’ 4 : 82)

Dalam firman Allah diatas, Allah telah mempersoalkan tentang adakah terdapat sebarang percanggahan fakta tentang apa telah dibicarakan dalam Al-Quran? Jelas tiada suatu pun fakta sains yang bercanggah dengan Al-Quran.
                Justeru tidak wajarlah kita menolak kebenaran yang telah dibawakan oleh Al-Quran sekiranya kita telah mengakui bahawa tiada suatupun perselisihan yang terjadi antara fakta Al-Quran dengan fakta sains. Perkara ini juga telah membuktikan Al-Quran itu bukan dating dari manusia tetapi ia dating dari Allah kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang telah diciptakanNya.

                Sebelum mengakhiri lembaran penulisan ini ingin dinyatakan suatu fakta lagi yang merujuk kepada keagungan, kehebatan dan kebenaran Al-Quran iaitu Al-Quran sebenarnya telah mendahului sains dan teknologi. Al-Quran telah menceritakan tentang kejadian manusia sejak dari 1400 tahun yang lalu sebelum teknologi sains menyusuli kemudian untuk menerangkan bagaimana telah diciptanya manusia.

                Akhir kalam, sesungguhnya kehebatan dan keagungan Allah ialah sesuatu yang nyata dalam semua ciptaanNya menampakkan kesempurnaan Allah sebagai Al-Khaliq. Marilah sama-sama kita hayati ciptaan Allah dan kita ringankan lidah untuk menyebut SubhanAllah.


0 comments:

Post a Comment

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009