Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, October 26, 2010

pergi tidurr....!!!!

Tidur Dan Rehat Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan rehat agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah.

Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (H.R. Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."
(H.R. Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.




Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor" .

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Jadi saranan saya buat semua pembaca, janganlah kita abaikan waktu rehat kita. Jagalah hak untuk diri kita kerana ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Dalam mengaplikasi sunnah Rasulullah, jangan pula kita mengambil kesempatan dengan mengatakan tidur kita yang berlebihan juga disabitkan dengan sunnah.

“jangan kerana diri kita Islam terfitnah”


p/s: jangan tido lewat taw... hihii  :)

3 comments:

Anonymous said...

admin pon g la tido awal... yg pg post entri pasal tido awal tp org yg post tido lambat plak... hahaha

mumumeow said...

kesimpulannya...tidur wktu tgh hari mmg baik utk kesihatan...tpi jgn lebih2 la....huhu

east_soul said...

anonymous> haha.. ade keje ckit.. 2 yg lambat 2... :)
mumu> pndai mumu... jgn telebey tido da la.... haha...

Post a Comment

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009