Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, October 21, 2010

pesan bumi buat manusia


Sedarlah bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.

Berkata Anas bin Malik r.a. ``Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara:

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di
    belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah!
Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

"sesungguhnya hati manusia itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. sahabat-sahabat bertanya : apakah pengilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan : membaca Al-Quran dan mengingati Mati"

(HR Al-Baihaqi)

2 comments:

Anonymous said...

so..byakkn amlan ke arah kebaikan..2 je bekap file kita nnti keseorangan..
(mama)

east_soul said...

insyaAllah.. ingatan jua untuk diri ana sendiri yg sering lalai dan leka...

Post a Comment

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009