Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, November 3, 2010

fakta tentang dakwah..

fakta ringkas tentang dakwah



Definisi dakwah
1)        
·         Penerangan
Dakwah boleh didefinasikan sebagai penerangan dan penyebaran yang jelas (Basiroh) dan (Bayyinah)

·         Penyiaran
Dakwah juga dikenali sebagai tindakan penyiaran dan pempromosian sesuatu. Dalm Islam penyiaran ini dinamakan sebagai penyampaian risalah (ajaran yang disirakan) dan dikhususkan kepada para Rasul (Mursalin) yang diwajibkan menyiarkan dakwah mereka.

·         Pendidikan dan pengajaran (dogma / doktrin)
Pendidikan dan pentarbiahan adalah perkara yang termasuk di dalam agenda dakwah. Pentarbiahan adalah perkara yang dilaksanakan sejurus selepas para madu’ yang mendengar dakwah diayah (umum) terpanggil dan berminat untuk meneruskan menerima risalah Islam. Golongan yang layak akan dilatih untuk meneruskan tradisi pendakwah. Pendoktrinan adalah kaedah yang dilaksanakan sepanjang pendidikan ini dilakukan dengan elemen kasih sayang dan nilai ubudiyyah.

·         Propaganda (propagare)
Bagi agama Kristian, mereka lebih senang menggunakan istilah Yunani iaitu propagare. Propaganda juga dalah istilah yang seiring dengan konsep dakwah. Walaubagaimanapun dakwah mempunyai uslub syari’y, kerangkanya sendiri, matlamat yang jelas dan adab-adabnya.

Secara Umumnya kita memahami dakwah dalam bahasanya ialah ’memanggil’. Pada istilahnya ialah memanggil manusia ke arah Ubudiyyah menurut landasan Al Quran dan As Sunnah secara berhikmah dan teratur



Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar,dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yangberiman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.          (ali-Imran : 110)


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyerukepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegahdari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.                                                                        (ali-Imran : 104)


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yangbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahuitentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yanglebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk                (surah an-Nahl : 125)


2)      Sejarah dakwah
      -           Sejarah Qabil Habil : Dakwah pertama ini dilakukan sendiri oleh Nabi Adam a.s yang bertindak mencegah hasad dengki dan nilai bongkak yang bersarang dijiwa Qabil. Bongkak adalah dosa pertama yang dilakukan oleh  Iblis yang akhirnya mengheretnya kelembah kekufuran. Disini kita melihat dakwah kadangkala gagal dilakukan oleh bapa sendiri pada anaknya.
      -           Nabi Nuh : Dakwah Nabi Nuh adalah dakwah yang penuh kesabaran dan air mata. Kita melihat anak dan isterinya sendiri ditakdirkan mati dalam kekufuran yang nyata.
      -           Amru bin Luhai : Kita melihat bagaimana dakwah menentang berhala bermula apabila kaum nabi Idris membina berhala pertama di dunia apabila Nabi Idris a.s naik ke langit bersama Izrail a.s. Amru bin Luhai adalah manusia pertama membawa berhala-berhala daripada Parsi dan Rom ke kota Mekah. Berhala pertama ialah Latta dan Uzza serta Hubal. Bermula inilah dakwah Rasulullah SAW berteraskan nilai aqidah dan pemurnian akhlak dikalangan kaumnya sendiri.

·         Dakwah Yunani

                  – Corax Syracue (ilmu pidato)
Corax dalah ahli falsafah Yunani yang mendisiplinkan keilmuan pidato dan ucapumum. Dalam Islam kita melihat bagaimana Nabi Harun diutus bersama Nabi Musa untuk berdakwah lantaran kepetahan Nabi Musa yang terbatas.

                   - Pluto :
Beliau mengggaskan  jiwa merdeka, berintelek tinggi serta menjadi warganegara yang baik melalui dakwah dan missionary beliau di Akademi iaitu universiti pertama didunia.
                         - Aristotle :

Beliau adalah pengasas pertama ilmu mantik yang menjadi sumber kekuatan kepada pendakwah kontemporari. Keilmuan beliau telah memepengaruhi ramai penghujah Islam yang berhujah dengan agama lain seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Al Ghazali serta Ibnu Rushd. Keilmuan ini juga pernah menimbulkan fitnah terbesar dalam dunia intelek Islam apabila lahirnya golongan fanatisme mantik iaitu Muktazilah.

·         Diikuti oleh golongan Hindu, guna kaedah pidato yang seiring dengan zaman Nabi Musa

·         Sejarah dakwah :
-          Muhammad Abduh ; membina paradigma baru penyusunan fahaman dan disiplin ilmu Islam. Membangkitkan semangat yang tidur.
-          Hassan al-Banna : menyusun manusia agar menterjemahkan amal jamaie dalam bentuk program realiti. Menyatukan umat Islam. Serta menganjurkan pembentukan manusia ’ummatan wasotan’ secara berprogram.
-          Abu A’la al-Maududi : menganjurkan kesatuan manusia, bergerk seiring dengan falsafah manusia, serta berjuang pembersihan hati dan aqidah umat Islam.
Said Nursi Badiuzzaman : Menggabungkan aspek tasawuf, imu sains, tafsir dan gerakan dakwah dalam ajaran dan pergerakan Jamaah An Nur di Turki.


3) Method / Kaedah Dakwah

·        Sheikh Waliyullah (India)
-          Tarhib : Kaedah yang menekankan perihal ancaman dan siksaan dalam Islam sekiranya tidak menepati syariat serta mengkufuri Allah.

-          Targhib : Ialah kaedah menceritakan keindahan akhlak, system dan aturcara hidup secara Islam. Juga diterangkan nikmat syurga sebagai ganjaran.


-          Tamsil : Menjelaskan konsep Islam melalui contoh-contoh silam dan persekitaran. Contoh yang jelas dan difahami oleh madu’ seperti mengaitkan dengan artis, filem, lagu kegemaran mereka dan lainnya.

-          Masail  : Menceritakan konsep Islam melalui permasalahan sebagai kajian kes tertentu. Pendakwah perlu tahu kesemua permasalahan yang sering ditimbulkan dalam dunia Islam dan segera mencari jawapan daripada Ulama’ yang faqih agar menjadi asabab kepada kefahaman masyarakat. Isu semasa perlu diketahui dengan jelas dan dikaitkan dengan dalil dan sirah.

·        Method/kaedah dakwah umum
-          availability
-          contrast
-          reward and threat



Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalanganmereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, danmengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.               (surah al-Baqarah : 219)


Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka,dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, makabertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya           (surah ali-Imran : 159)

Usul Adda’wah  (Zad a’ala Thoriq)

1)      Persiapan mental : Mental dan spiritual pendakwah perlu kuat agar tahan dengan ujian tekanan, tarbiah persekitaran, anak isteri dan keluarga mereka. Pendakwah yang tidak melatih hatinya akan terjebak dengan permasalahan picisan dan murahan. Sekelip mata pendakwah yang dulunya tegas menjadi lemah, longlai dan lari daripada syariatnya.
2)      Persiapan bahan dakwah :

v      Ilmu :
-          Agama : Perlu diketahui secara menyeluruh termasuk Ilmu alat (bahasa Arab) ilmu Hadis dan asas Tafsir Al Quran, ilmu Aqidah yang seimbang serta beberapa pendapat mazhab yang muktabar.
-          Pengetahuan am : Isu semasa terutama yang berkaitan dengan sensitivity umat Islam.
-          Sejarah : Sirah Rasulullah serta sejarah ketamadunan Islam wajib diketahui dengan jelas. Sejarah tanahair pendakwah adalah asas untuk meletakkan pendakwah adalah relevan dengan suasananya (waqi’)

-          Falsafah – mantic : Keilmuan mantic, kritikal thinking, lateral thinking serta asa Falsafah Islam wajar diketahui secara sedikit sebanyak. Pendakwah yang bijak akan sering menggunakan konsep mantic dalam dakwahnya.
-          Kebudayaan dan kesenian : Kebudayaan semasa dan kesenian yang berteras agama perlu diketahui dengan jelas. Dalil berkenaan alat muzik dan berkenaan hiburan perlu diketahui secara tafsili (detail). Menggunkaan agent hiburan sebagai method dakwah perlu ditegaskan mabda’ (prinsip) yang jelas agar pendakwah bukan menjadi golongan taa’suf( wewenang). Hiburan dan muzik adalah perkara tahsiniat yang terendah sekali. Penekanan dan keterbukaan dalam nilai hiburan adalah sekadar maslahah dan bukannya matlamat dan prinsip.
-          Politik : Asas politik barat dan Islam perlu dipelajari sedikit demi sedikit. Pola politik banyak terdapat dalam isu semasa dan segala displin politik secular perlu dipelajari daripada orang yang berkemampuan. Buku Art Of War (karangan Tsu Zhu) boleh dijadikan asas kajian para golongan siasah dan perancang strategi gerakan dakwah.
-          Ekonomi : Ekonomi Islam yang berteras Al A’dlu wal Ihsan perlu diserap dalam kehidupan. Ramai pendakwah masih kabur perihal ekonomi Islam dan nilai sepunya yang mungkin ada dengan ekonomi barat di Negara kita. Bukan kesemuanya ekonomi barat perlu dihakis di Negara kita. Inilah keilmuan yang amat penting bagi pendakwah.
-          Social : Ilmu sain social, disiplin antropologi menjadikan pendakwah matang dan pendai mengusai persekitran.
-          Ilmu jiwa /psikologi : Ilmu ini membantu kita memhami sikap segmentation yang beza seperti golongan remaja, tua dan golongan kanak-kanak.
-          Perbandingan ideology : Mengetahui secara jelas asl-usul segala ideology di dunia ini dan perbezaanya dengan system Islam.
-          Bahasa / loghat : Pendakwah yang bijak akan mengetaui serba sedikit loghat dan pertuturan setempat.

v      Method persiapan
-          Iqr’a – sebut – sampaikan – analitikal – latihan
-          Bengkel / dakwah
-          Training (Program khusus)
-          Pondok (mempelajari ilmu konvensional)
-          Masjid (Mempelajari keilmuan kontemporari secara asasiy)
-          Media umum
§         TV
§         Internet
§         Paper

v      Tujuan dakwah

1.      Islah Aqa’id : Memperbaiki aqidah umat.
2.      Islah Ibadah : Memperbaiki ibadat dan mengelakkan pertempuran khilafiyah dalam masyarakat.
3.      Islah Akhlak :Meperbaiki akhlak masyarakat dan menghiasi dengan nilai keislaman.
4.      Islah ijtima’ – masyarakat :memperbaiki system social dengan beriltizam  secara langsung dengan masyarakat.
5.      Islah siasiyah L: Memperbaiki system pentadbiran agar seiring dengan nilai keislaman samada di pejabat, sekolah, kilang, kampong dan Negara.
6.      Islah Iqtissadi (ekonomi) : Mengislahkan ekonomi agar mengikuti lunas Islam, berakhlak dan tidak ada unsur penindasan.

7.      Islah Harbiy :Memperbaiki system peperangan agar menepati nilai peperangan secara Islam dan beradab dalam berperang.
8.      Islah Istirqaq (pembebasan hamba) – istiqlal, hurriyyah (kemerdekaan) :Memerdekan Negara dari cengkaman penjajah. Beriltizam dengan sector ketenteraan adal;ah salah satu methodology dakwah semasa.
9.      Tahrir al Uqul Wa Ifkar. : Memperbaiki akal dan pemikiran masyarakat agar meninggalkan ideology sesat, khurafat dan syirik. Perlu diperjelas secar konsisten dan beristiqamah. Cabaran akan senantiasa menanti pendakwah dalam hal ini.

Penutup.
Diharapkan fakta-fakta ringkas berkenaan dakwah ini boleh membantu para pendakwah mengetahui asas dan usul bagi mereka meneruskan jejak tapak mereka untuk Islam tercinta. Manfaat daripada penulisan ini penulis hadiahkan kepada guru-guru dan naqib penulis, Ibu Bapa dan diniatkan untuk keseluruhan pejuang Islam hari ini. Moga Allah membantu kita.

0 comments:

Post a Comment

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009