Jom Dengar


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, July 23, 2011

~hari2 dgn hiburan~

“Berhibur tiada salahnya, Kerna hiburan itu indah... Hanya pabila salah memilihnya, Membuat kita jadi bersalah...” lirik lagu ‘Mari Berhibur’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian... sudah lama rasanya saya x update blog...(maaf ye) apakhabar iman kita hari ini.. harapnya semakin hari semakin bertambah baik iman kita.. insyaAllah...

Perasan atau tidak kehidupan seharian kita telah dimasuki unsur2 hedonisme. “hedonisme tu ape..??” pasti ade yang bertanya sedemikian. Kalau menurut kamus, ada yang mendefinisikan hedonisme itu sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’. Untuk memudahkan lagi sahabat sekalian, hedonisme ialah suatu ideologi/fahaman yang menjadikan hiburan sebagai suatu cara hidup.

“Salah ke kalau nak ada hiburan?”saya tidak mengatakan bahawa berhibur itu salah tapi apa yang membimbangkan ialah apabila hiburan dijadikan aktiviti dan pengisian sepanjang hari. Bagun sahaja dari tidur ada yang sudah mula membuka televisyen atau mendengar radio kemudian beralih pula kepada komputer dengan melayari dunia hiburan maya seperti youtube, facebook dan lain2 sambil mendengar lagu atau mp3 setelah itu ada yang beralih kepada majalah atau blog yang berintikan hiburan kemudian bertukar pula kepada permainan komputer/games seperti fifa, pes dan macam2 lagi aktiviti ini diteruskan lagi dengan aktiviti melepak bersama rakan; ada yang  memetik gitar dan bergelak tawa; dan ada yang pergi ke kedai yang memasang skrin besar untuk menonton perlawanan bola.



Ini mungkin hanya sedikit yang dapat saya singkapi dan mungkin diluar sana terdapat lebih banyak dari apa yang tersenarai. Itulah hakikat hedonisme yang sedang menular dalam kalangan masayrakat. Apa yang dirisaukan ialah tanggungjawab kita dengan Allah akan terabai dek kerana terlalu leka dengan keseronokan duniawi. Belum habis lagi dengan penyakit sekularisme dan materialisme, hedonisme pula yang cuba menjangkiti kita.

Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 20:
"ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan , juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya."

Ingatlah sahabat sekalian, sesungguhnya kehidupan kita didunia yang sementara ini adalah suatu ujian untuk darrul akhirah yang kekal. maka kita haruslah menggunakan nikmat masa yang dikurniakan Allah dengan sebaiknya untuk mencari keredhaannya. Peringatan ini bukan saya tujukan kepada kalian sahaja, bahkan unutk diri saya juga. Moga kita semua terpelihara dari jangkitan wabak hedonisme ini.
Sebagai penyudah saya sertakan lagu ‘Mari Berhibur’ dari raihan.. hayati liriknya... moga2 kita tidak tersalah memilih hiburan... insyaAllah... =)


p/s: jadikan zikrullah sebagai hiburan... moga mendapat redho-Nya...


0 comments:

Post a Comment

kaunter pertanyaan..=)

Popular posts

 

eKsPreSSi DAI'E Design by Insight © 2009