Assalamualaikum anak2 pelajar,
Salam lebaran buat semua, syukur kepada Allah atas semua nikmat yang telah dikurniakan.
Hari ini kita akan buat kuiz bagi aktiviti pendidikan islam iaitu kuiz bagi padanan suku kata tertutup.
Dalam sistem ejaan yang kita gunakan, terdapat suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dgn huruf vokal. Contohnya ka/ta
Suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh konsonan di akhir suku kata. Contohnya kam/bing
Dalam ejaan jawi bagi suku kata tertutup, terdapat satu perkara yang perlu diberi perhatian iaitu suku kata tertutup yang terdapat huruf A ditengah. Huruf A akan diwakili oleh huruf jawi alif. Sekiranya suku kata tertutup tersebut mengandungi huruf alif di tengah, maka huruf alif mesti dibuang.
Cuba lengkapkan latihan ini dengan memadankan perkataan suku kata tertutup dan lihat ejaan yang mengandungi suku kata tertutup yang mempunyai huruf A di tengah.
Jangan lupa untuk tulis nama dan kelas di ruangan komen dan hantar gambar markah kepada saya. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.
Suku Kata Tertutup, an interactive worksheet by nur_asna
liveworksheets.com
liveworksheets.com
Setiawatie binti abdullah
ReplyDeleteTahniah setiawatie
Delete