ADAB BERHARI RAYA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Sudah hampir sebulan berpuasa di dalam suasana baru (Perintah kawalan pergerakan). Harapan saya anak-anak pelajar dalam keadaan selamat sejahtera sentiasa.

Sedar tidak sedar, kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan dan bakal menjelmanya Syawal. Pasti ramai anak2 yang menunggu ketibaan syawal kerana ingin menyambut AIDILFITRI. Betul tak anak2 pelajar.

Apa istimewanya Aidilfitri ni?

Sebelum tu mari kita kupas apa yang di maksudkan dengan aidilfitri.

Aidilfitri berasal dari perkataan bahasa arab iaitu عيد الفطر yang membawa maksud عيد itu bermaksud perayaan manakala الفطر itu bermaksud fitrah. Maknanya kalau aidilfitri itu bermaksud "Perayaan Fitrah". Makna secara mendalamnya ialah perayaan dimana kita telah berjaya kembali kepada fitrah(seperti bayi yang baru lahir iaitu tidak mempunyai dosa) selepas sebulan berpuasa. Ia juga dikenali sebagai hari raya puasa, hari lebaran, hari kemenangan dan ianya disambut oleh seluruh umat islam di seluruh dunia.

Apa yang kita boleh buat pada hari raya?

Antara perkara yang disunatkan semasa datangnya Aidilfitri ialah kita bertakbir sebanyak mungkin menandakan kita telah menang perlawanan menentang hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. 


Kemudiannya di pagi 1 syawal di sunatkan kita mandi sunat aidilfitri dan memakai pakaian terbaik untuk solat sunat aidilfitri. Sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri, disunatkan kita makan sedikit sebelum solat dan mendengar khutbah hari raya aidilfitri. 

Selepas itu boleh lah kita ziarah menziarahi tetapi sekarang kita masih dalam tempoh kawalan pergerakan jadi kita tangguhkanlah dahulu acara kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi. Sambutlah lebaran ini bersama keluarga sendiri dengan sebaiknya.

Macam mana cara nak solat sunat aidil fitri?

Sebenarnya senang sahaja untuk kita tunaikan solat sunat aidilfitri. Sila lihat gambar di bawah.

Disini pula panduan cara untuk melaksanakan solat sunat aidilfitri.


Hari raya kali ini mungkin berlainan dari yang sebelum ini, tetapi ianya tetap juga akan jadi kenangan buat kita kerana kelainannya. Semoga semua ilmu ini bermanfaat buat anak2 pelajar sekalian.

#staysafe
#stayathome
#ramadhanpkp

Sumber: buku teks pendidikan islam KSSR tahun 6 

Comments

  1. Murid SK Sri Pantai sila tulis nama di ruangan komen

    ReplyDelete

Post a Comment